Mengenai Kami PDF Print E-mail
 
Khasiat Bumi Trading Sdn. Bhd. (KT0203364-P )
Khasiat Bumi Trading adalah syarikat pembekal dan pengedar ubat-ubatan tradisional telah beroperasi semenjak lima tahun yang lalu. Bermula secara kecil-kecilan dan kini semakin berkembang mengeluarkan produk di bawah jenama “Khasiat Bumi’’.
Bekalan bahan mentah ( herba ) diambil daripada masyarakat orang asli di kawasan Jeli, Hulu Kelantan. Hutan Hujan Tropikal yang menghijau ternyata menyimpan khazanah herba yang tidak ternilai khasiatnya seperti tongkat ali, ubi jaga, kacip fatimah, mas cotek dan banyak lagi. Gabungan ramuan orang asli yang diwarisi daripada nenek moyang mereka serta formulasi terkini, menjadikan produk Khasiat Bumi unik dan tersendiri. Produk kami bebas daripada dadah dan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan dan hanya menggunakan herba 100%.
Produk Khasiat Bumi telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan dikilangkan di kilang bertaraf GMP ( amalan pengilangan baik ). Ternyata produk Khasiat Bumi telah dapat membantu mereka yang mengalami masalah kesihatan. Sambutan yang diterima amat memuaskan. Sesungguhnya produk kami halal, suci, bersih dan selamat digunakan. Produk istimewa kami “ Set Permata Hatiku” telah berjaya merealisasikan hasrat pasangan yang ingin mendapatkan zuriat dengan izin Allah. Syukur alhamdulillah. ( lihat testimoni ).
Jadi, Mengapa Anda Tidak Mencubanya?
“ KEBAHAGIAAN ANDA, KEPUASAN KAMI ” Salam Hormat Daripada Kami, En. Wan Azmi b. Mohd. Noor ( Pengarah Urusan ) Pn. Wan Norhaniah bt Wan Yaacob ( Pengurus Pemasaran )
 

Menu Utama

Tempahan Anda

Tiada

Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini13
mod_vvisit_counterSebelum Ini20
mod_vvisit_counterMinggu Ini93
mod_vvisit_counterBulan Ini226
mod_vvisit_counterJumlah10599

valid xhtml? | valid CSS?

Hakcipta Terpelihara Khasiat Bumi.com